Saturday, January 12, 2013

Kelebihan surah yasin


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Disini inginku kongsi kelebihan surah yasin yang kuambil dari blog pilihan. Bukan niat utk menciplak..tapi sekadar berkongsi bersama-sama. Banyak fadilat yang boleh kita perolehi dengan mengamalkan surah ini. Antaranya:


Rasulullah SAW bersabda;
1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6.  “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”
7.  Maqri rahmatullah ‘alaih berkata“Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8.  “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hariJumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
9.  “Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”
10.  “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa danmeminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
11.  “Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”
12.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an 12 kali.Jika Surah Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat ruhnya dicabut,mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan saat penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga surga dengan membawaminuman dari surga, kemudian memberinya minum ketika ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke surga dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
13.  Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
14.  Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang harisebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam harisebelum tidur, Allah mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil memohonkanampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para malaikat ituberibadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).

yang baik itu hany datang dari Allah..dan yang lemah itu datang dariku sendiri 
Wassalam~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Di hari ahad yang indah nih, ku mulakan harini nih dengan buat 1 blog baru..niatku hanya 1, sebagai tempat utk luahkan perasaan, stress, happy, dan yang lebih penting..berkongsi kebaikan dan ilmu yang ku ada dengan siapa saja yang terbaca blog nih..heheee..
Sebenarnye dah lama nak buat blog nih..tapi kadang-kadang terfikir..takut tak sempat nak update blog nanti..tapi tak pe..be positive..buat jer kan..asalkan salah 1 hasratku utk 2013 tercapai, dan mungkin blog nih boleh beri kebaikan pada sesiapa saja..

For d first entry..diriku nak kongsi sedikit kish hidupku..aku nih orang yang sederhana, positive dan punya matlamat yang tinggi..masa kecik2 dulu..cita-citaku hanya
*nak berjaya
*nak masuk U
*nak kerja yang bagus (duit bnyk, kete hebat,rumah besar..hehee)
*nak bahagiakan ibu ayahku
*nak buatkan mereka bangga dengan dirku
*nak lebih dari adik/sepupu yang lain
banyak pula yg nak kan.

Alhamdulilah..pada umurku 26 tahun..hampir semua cita-citaku tercapai...tapiiiiiiii...pada umur ini lah..aku terfikir..hidupku ini sampai ke mana??? aku tahu..dunia dah ahkirat..tapi keyakinan ku setakat mana?? aku yakin..tapi apakah persediaanku utk ahirat??utk alam barzahku...bila ingt mati..pasti hati rasa takut..tapi mati itu PASTI!! then apabil ku terlalu kusyukkan dunia..mencari dan memikirkan kesenangan..aku lalai pada Allah..kalau dulu..tiap-tiap malam..aku mesti baca quran..terutama nak exam..sebab nak mohon supaya senang jawab exam, doakan dimakbulak..tapi bila dah dapat..aku jadi lupa...sejak aku pentingkan dunia..aku jadi malas dan tak sempat nak baca quran..hampir setahun aku tak baca quran..naik bersawang quran tuh..bayangkan hampir setahun ku biarkan ia...aku ingat tak de ape pun kalau tak baca quran..tapi ku silap..hati tu jadi gelisah, jiwa tidak tenang..rasa nak marah...tapi Allah masih lagi sayangkanku..dia hadiahkan aku hidayah lagi utk aku kembali menyentuh dah membaca quran..untuk mendapat ketenangan dalam jiwa..masa first time nak baca quran balik..aku rasa sayu..sedih sebab dah lama tinggalkan quran..

Sekarang ni baru aku faham kenapa alim ulama selalu berpesan.."bacalah quran utk ketenangan jiwa" ketenangan jiwa itu hanya Allah saja yg boleh anugerahkan..alhamdulilah..hidupku kini makin tenang, rumah tangga makin baik...dan aku ubah fikiranku....dalam hidup ni..tak kaya tak pe..asalkan berasa cukup dengan apa yang ada, hati jadi tenang, tahu arah tuju yang jelas..kemana akan ku pergi setelah kematian, dan boleh bahagiakan ibu-bapa dan keluargaku..misi yang masih belum tertunai sepenuhnya adalah bahagiakan ibu-bapaku sepenuhnya..hari-hari teringat pada mak..teringat kesusuhan beliau besarkan kami..kini tiba masaku untuk membalas jasa mereka..semoga Allah berikan aku hidayah dan kesungguhan yang berpanjangan untuk membahagiakan ibu-bapaku disamping menjadikan aku orang yang beruntung didunia dan akhirat...amin

Wassalam